4 hari seakan berlalu terlalu cepat dengan pemergian pelawak yang menghiburkan kita lawak jenaka tanpa jemu Pak Yus.
Arwah Yus Jambu memang suka budak-budak. Biar gambar ini yang menjadi bukti.
Sebelum gambar ini dirakam, dia tahu anak-anak saya sudah menjadi tidak tentu arah bila nampak dia. Selepas makan saja, dia datang ke meja kami. Saya ulang, 'Dia datang ke meja kami'. Bukan kami yang datang ke meja dia. Sikap yang harus di contohi oleh orang ramai dan menjadi ingatan buat kita yang masih hidup di dunia ini.
Dia datang ke meja kami semata-mata untuk mengembirakan anak-anak saya. Semoga Allah SWT menempatkan rohnya di kalangan orang-orang yang Allah sayang. Amin.#Sebaknya.
Al Fatihah buat Pak Yus.
0 comments:
Post a Comment