Sunday, 27 December 2015
Filled Under:
dalam negara
Beta Terkejut dan Kurang Senang Apabila Terlihat Wanita Bertudung & Kanak-Kanak Hembus Asap Vape - Sultan Johor
Posted By:
Unknown
on 20:26
Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar bertitah bahawa baginda berasa terkejut dan kurang senang apabila melihat wanita bertudung & kanak-kanak menghembus asap vape.
Baginda bertitah sedemikian ketika ditemubual oleh The Star selama sejam bagi penutup tirai tahun ini.
Malah Baginda juga turut bertitah bahawa baginda menyedari ini adalah permulaan kepada ancaman dan juga menyifatkan vape adalah teknologi dadah yang berbahaya.
Soalan : Mengenai masalah kesihatan, Tuanku telah mengarahkan pengharaman penjualan produk vape di seluruh negeri JOHOR . Apa yang membuatkan Tuanku begitu tegas?
Jawapan: Beta membuat kajian dan ini bukan adat kita. Begitu juga dengan shisha. Beta terkejut dan berasa kurang senang melihat wanita bertudung dan kanak-kanak menghembuskan asap vape.
Beta menyedari ini adalah permulaan kepada ancaman dan perlu campur tangan secepat mungkin. Bagi beta, ini adalah teknologi dadah yang berbahaya. Tidak seperti dadah, ia sukar dikesan.
Beta bosan dengan pelbagai pihak berkuasa di peringkat negeri dan kerajaan persekutuan yang masih tidak boleh membuat keputusan mengenai isu ini. Mereka mengheret isu ini dan beberapa ahli politik membuat kenyataan tidak masuk akal bahawa vape tidak harus diharamkan kerana jutaan undi akan hilang dan kepentingan bumiputera akan terjejas.
Beta fikir apa yang terbaik dan beta tegaskan bahawa semua ini perlu dihentikan pada 1 Januari tahun depan.
Buat masa ini, semua yang menentang demi perniagaan mereka. Adakah anda ambil berat tentang kesihatan orang ramai?
Terdapat juga mereka yang menentang termasuk 'seorang pelawak' yang mengheretkan diri ke dalam isu ini untuk memberikan komen mereka.
(Aktivis Abdul Rani Kulup Abdullah atau Kipidap yang terkenal dengan penampilannya memakai beret merah, menjadi tajuk utama berita kerana membuat lebih 1,000 laporan polis terhadap ahli politik pembangkang dan pemimpin NGO).
Baru-baru ini beliau menyertai badan bukan kerajaan (NGO) Melayu dengan mengatakan Barisan Nasional bakal kehilangan satu juta undi pada pilihan raya umum akan datang jika pihak berkuasa terus mengenakan tindakan terhadap peniaga rokok elektronik atau vape.
Malah, Media termasuk The Star, menyiarkan bagaimana kanak-kanak sekolah rendah membelanjakan wang saku mereka untuk produk vape.
Apa yang beta takutkan sudah terjadi. Polis kini menahan beberapa individu yang menjual cecair vape berperisa ganja.
Apa yang merisaukan adalah sindiket ini beroperasi sejak Ogos lalu dan menjualnya menggunakan Internet dan menghantar produk mereka melalui kurier.
Ini merupakan perniagaan haram. Apa kesannya jika Johor membenarkan penjualan produk itu di pusat membeli-belah, rumah kedai dan pasar malam?
Beta boleh tunjukkan banyak e-mel dan surat yang diterima dari seluruh rakyat Malaysia terutamanya ibu bapa yang menyatakan sokongan terhadap negeri ini yang mengharamkan produk tersebut.
Kini beberapa negeri lain turut mengikuti langkah ini dan Majlis Fatwa Kebangsaan mengisytiharkan vape sebagai haram.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment