Thursday, 3 December 2015

Filled Under:

Kisah Kebaikan Hati Arwah Yus Jambu Dan Makcik Tisu..



Salah satu perkara yang dibawa ketika mati adalah kebaikan yang dilakukan ketika masih hidup di dunia Allah ini..



Pemergian arwah Pak Yus amat terkesan di hati semua peminat dan rakyat Malaysia baru baru ini.  ramai yang terkesan kerana pernah melalui pengalaman positif bersama.
Pelawak Yus Jambu atau Jaafar Edoo, 39, yang ‘pergi’ secara tiba-tiba awal pagi Isnin lalu.
Salah satu adalahnya kisah makcik yang membuatkan kita terasa pemergiaan Pak Yus ternyata meninggalkan kesan mendalam. 

“Bercakap tentang kebaikan Pak Yus… Sy teringat cerita 2 tahun sudah semasa sy terserempak dgn beliau di area Raja Chulan bertentangan dgn Hotel Istana. Waktu tu sy ada urusan dgn Public Bank di Wisma Lim Foo Yong bersebelahan dgn hotel Lodgez Paradize. Sewaktu sy berjalan di pedestrian walk menuju ke bank, sy nampak seorang nenek menjual tisu duduk kat bawah pokok. Masa tu semua orang lalu lalang buat tak tau je keadaan nenek tu. maklumlah, terlalu ramai golongan peminta sedekah/jual tisu kat KL ni jadi orang tak kuasa nak layan. Selesai je berurusan, sy pergi semula melintas di jalan yg sama. Saya lihat ada seorg lelaki sedang melayan nenek tu dgn ramah, sgt ramah, berbual mcm dah kenal lama. Tetapi lelaki tu membelakangi laluan sy so sy jadi curious siapalah agaknya lelaki yg agak budiman tersebut. Bila sy mencuri lihat, rupanya Pak Yus! Sy terus memanggil nama Pak Yus dan beliau menoleh sambil melambai tersenyum. Sy terus tanya buat apa kat sini, beliau cakap tgh tunggu kawan. Tu yg berbual dgn nenek tu. sy sempat berbual dgn beliau dan mengucapkan tahniah atas kemenangan beliau di MaharajaLawak. Apa yg sy amati, beliau sgt merendah diri dan melayan semua org dgn baik wlupun dgn diri sy sendiri sbg seorang peminat yg baru pertama kali berjumpa beliau face to face. Mmg tak kekok lgsg nak berbual dgn beliau. Bila dapat tahu yg beliau meninggal akibat serangan jantung, mmg sy agak shocked jgk lh. Beliau pergi terlalu cepat… Tp sudah takdir Allah, mmg takkan ada pertikaian. Semoga roh beliau di tempatkan di kalangan orang2 yg beriman. Sy tau beliau mmg orang yg sgt baik.”

Al-fatihah buat Allahyarham Yusry Edoo.. Semoga arwah tenang di sana.




0 comments:

Post a Comment