Thursday, 3 December 2015

Filled Under:

Bukti, Arwah yus Jambu Seorang Dermawan





Menurut kerani di Sekolah Madrsah Addiniah Al Islamdiah, Kampung Jejawi Dalam di PErlis, arwah Pak Yus seorang yang pemurah.


“Dia serahkan RM5,000 kepada saya, kemudian saya tulis resit sebagai bukti dermanya kepada sekolah kami. Dia kata tak payah resit, tapi saya tetap hulurkan kerana sudah menjadi kewajiban saya berbuat demikian."


 Mardiah Abdul Salam, 40, arwah Pak Yus datang ke sekolah itu untuk menderma bagi pembangunan agama Islam kira-kira jam 10 pagi pada 4 Mac 2013 dengan memakai t-shirt, berjaket biru, bertopi dan berkaca mata hitam.

"Mulanya saya tak perasan lelaki yang datang itu seorang pelakon dan pelawak sehinggalah arwah datang ke meja saya memberitahu mahu menderma. Malah, lagi mengejutkan apabila lelaki tersebut adalah Pak Yus.


Masuk duit dalam tabung masjid

Malahan, Kisah dermawan Pak Yus tidak terhenti di situ, di tempat asalnya di Kampung Nesam, Yus seorang yang tidak pernah putus memberi derma ke dalam tabung Masjid Nurul Iman kampung berkenaan.

Menurut Setiausaha masjid, Ali Hanapiah Mohammad, 49, sejak enam tahun memegang jawatan itu, belum pernah dia melihat Yus keluar dari masjid tanpa memasukkan duit ke dalam tabung. 

"Selalunya saya nampak antara RM200 hingga RM300. Malah, setiap kali pulang ke kampung, dia pasti akan ziarah kubur ibu bapanya, Edoo Ismail dan Manis Ismail termasuk kubur abangnya, Rashidi Edoo.

"Itu amalan Yus sewaktu masih hidup. Selain selalu datang berjemaah di masjid, arwah juga turut membeli dua mesin rumput untuk kegunaan masjid yang masih dalam keadaan baik sehingga kini," katanya.


"Kalau dalam poketnya ada RM3, duit itulah akan dibelanjakan untuk kawan-kawannya. Dia lebih rela poketnya kosong asal dapat memberi.

"Sifatnya itu tak pernah berubah biarpun dah jadi artis," katanya. Semoga Pak Yus tenang di sana dan sama sama la kita sedekah kan al fatihah.




0 comments:

Post a Comment