Siapa yang tengok drama TAM, Tuan Anas Mikael, nenda kepada ayu maisarah ini dilakonkan oleh Normah Damanhuri. Menurut beliau, dia menyedari ada pihak yang kurang senang melihat dia membuka tudung dalam sesebuah drama sedangkan dia sudah berhijab sejak pulang mengerjakan umrah pada 2011.
Menurutnya, Normah, 61, berkata, dia hanya berlakon tanpa hijab sekiranya diminta berbuat demikian oleh pengarah mengikut kesesuaian watak.
"Sebenarnya saya sudah mula bertudung selepas pulang dari umrah pada tahun 2011. Tetapi saya mencari rezeki dan kalau diperlukan tidak bertudung, saya tidak boleh tolak,"
Normah mengulas isu bertudung apabila ada segelintir peminat yang mempertikaikan imejnya yang sekejap bertudung dan sekejap tidak.
Malah, menurutnya juga, isu buka tudung untuk drama drama lakonannya adalah dengan kerelaan sendiri bukan kerana dipaksa oleh sesiapa. Walaupun ada yang kurang senang dengan apa yang dikatakan olehnya namun dia akan cuba memperbaiki menjadi lebih baik.
Walaupun usianya yang semakin lanjut, dia bersyukur kerana masih ada penerbit drama yang menghargai lakonannya. Apa pun, kita doakan semoga beliau terbuka hati untuk berhijab sepenuhnya nanti. insyaAllah - Berita Network
Semoga wan normah d bori hidayah oleh Allah...cuma bimbng kata2 & perbuatan kita seolh2 mmprmainkn hukum Allah..wallahualam
ReplyDeleteSemoga wan normah d bori hidayah oleh Allah...cuma bimbng kata2 & perbuatan kita seolh2 mmprmainkn hukum Allah..wallahualam
ReplyDelete