Saturday, 5 December 2015

Filled Under:

Memang Tak Masuk Akal,Donut Berharga 10 Sen Di Cheras




Dengan kos sara hidup yang semakin meningkat di dalam negara kita, pastinya kita tak menyangka masih ada lagi insan yang berhati mulia yang menjual makanan dengan harga yang murah.



Peniaga ini yang bernama Muahammad Waliuddin Chia Chen ini hanya menjual donut dengan harga RM 0.10 sekeping.Mungkin tidak masuk akal, tapi itulah harga sekeping donut yang dijual olehnya di tengah-tengah kota metropolitan iaitu di Flat Maluri, Cheras.

Masyarakat luar, rata-ratanya memuji sikap beliau yang disifatkan pemurah. Selain berkija sebagai penjul donut, difahamkan beliau turut berkhidmat di sebuah kolej swasta di ibu kota Kuala Lumpur.

Bagi masyarakat yang telah lama mengenali beliau menyifatkan beliau adalah seorang yang baik akhlaknya serta sentiasa murah dengan senyuman.

Apa-apa pun, kami disini mendoakan "abang donut" ini dilimpahkan rezeki..




0 comments:

Post a Comment