Sunday, 27 December 2015
Filled Under:
dalam negara
'LAKUKAN DUA KERJA BUKAN SESUATU YANG LUAR BIASA' - AHMAD MASLAN
Posted By:
Unknown
on 06:18
Kehidupan masa kini yang semakin meruncing dengan kenaikan taraf hidup memaksa individu berpendapatan rendah melakukan dua pekerjaan bagi menjana kewangan untuk menampung kos sara hidup yang semakin meningkat.
Menurut Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Ahmad Maslan berkata, membuat dua kerja kini digalakkan oleh kerajaan dalam usaha menangani masalah kenaikan kos sara hidup yang semakin tinggi.
Malah, menurut beliau juga, membuat dua kerja bukanlah sesuatu yang luar biasa bagi rakyat kerana kebanyakan rakyat di negara utama jua melakukan dua pekerjaan.
Selain makan gaji, memulakan kerja secara kecil kecilan menerusi online disyorkan bagi menampung hidup.
"Saya rasa ia (dua pekerjaan) bukanlah satu kesalahan, (walaupun) Malaysia ada peraturan, ia satu cara bagi menangani kos sara hidup juga. Walaupun kerja waktu pejabat (dari jam 8 pagi ke 5 petang), masih boleh buat online business, asalkan datang kerja dengan tidur yang cukup. Online business boleh buat weekend juga.
Ahmad Maslan juga turut memberitahu, penjawat awam bebas kini untuk menjalankan perniagaan secara dalam talian bagi menambah pendapatan.
Namun, komitmen pada tugas hakiki perlulah diutamakan, supaya ia tidak menjejaskan prestasi kecemerlangan. - BERITA NETWORK
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment