Thursday, 3 December 2015

Filled Under:

SELEPAS VAPE, JOHOR HARAMKAN PENJUALAN ROKOK, ARAK, JUDI DAN RUMAH PELACURAN PULA





Rata-rata rakyat malaysia khususnya di johor mahukan kerajaan bertegas dalam isu ini terutamanya vape dan, beberapa orang mengemukakan cadangan agar semua produk yang menjahanamkan rakyat harus diharamkan.beberapa rakaman print screen luahan hati rakyat malaysia juga dirakamkan.




Peniaga vape di negeri Johor meminta kerajaan negeri mempertimbangkan larangan penjualan produk itu dan memberi tempoh kepada mereka mendapatkan kembali modal perniagaan sebelum ia dikuatkuasakan. Malahan tinjauan di kawasan premis vape kelihatan suram dan tiada pelanggan.






Akhbar tempatan berbahasa Inggeris semalam melaporkan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar sebagai bertitah agar larangan penjualan vape dikuatkuasakan di negeri johor dan semua premis yang menjual vape diberi tempoh sehingga 1 Jan depan untuk menutupnya perjualan vape."

Mesyuarat kerajaan negeri yang bersidang hari ini kekal dengan keputusan mengharamkan penjualan vape sebagaimana yang dititahkan Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar. Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bertitah mengharamkan penggunaan (vape) di seluruh negeri itu bermula 1 Januari 2016 ini.Menurut baginda, keputusan itu tiada kaitan dengan perniagaan atau perkauman sebaliknya ia melibatkan isu kesihatan dan kesan penggunaannya kepada golongan muda.


"Saya mahu premis vape ditutup pada 1 Januari 2016 dan saya tidak mahu dengar sebarang alasan.Saya benar-benar kecewa apabila ada pihak menimbulkan isu ancaman perkauman dan politik melibatkan vape. Titah baginda, negeri mempunyai hak untuk menguatkuasa undang-undang mengikut peruntukan kerajaan tempatan bagi menutup perniagaan pengusaha vape.

Sultan Johor juga memberi amaran kepada mana-mana pihak yang tidak mematuhi undang-undang bermula 1 Januari depan akan dikenakan tindakan.


Pada pendapat kami, pengharaman vape sebenarnya adalah bagus kerana penggunaan rokok elektronik ini bukan sahaja tidak menyihatkan malah menggalakkan lebih ramai remaja yang belum sampai umur menjadi ketagih.




13 comments:

  1. Tahniah Negeri Johor kerana bertegas untuk kesihatan rakyat dan patut juga dilakukan untuk rokok kerana akibatnya lebih buruk dari rokok, arak, judi dan juga rumah2 urut dan pelacuran. Harap YM Sultan Johor akan melaksanakan demi agama, bangsa dan negara.

    ReplyDelete
  2. lain daripada vape! johor dapat keuntungan. pasti yang lain tidak akan di haramkan.

    ReplyDelete
  3. "Pada pendapat kami, pengharaman vape sebenarnya adalah bagus kerana penggunaan rokok elektronik ini bukan sahaja tidak menyihatkan malah menggalakkan lebih ramai remaja yang belum sampai umur menjadi ketagih. "

    So macam mana dgn rokok ? rokok pun benda yg sama 2x5 dgn vape almost budak2 bawah umur hisap even lagi bahaya dr vape so kenapa hanya mengharamkan vape saja sedangkan rokok arak pelacuran tidak diharamkan sama sekali ?
    saya disini hanya kecewa dengan sesetengah pihak yang hanya melabelkan vape ini sebagai ancaman "besar" kepada masyarakat sedang kan benda2 yang lagi mengancam masyarakat lagi banyak diluar sana....jangan hanya memberi alasan vape merbahaya hanya kerana ia menggunakan cecair
    bah kan roko menggunakan hampir seribu bahan serta kandungan dalamnya so kenapa disini kerajaan tidak mengharamkan rokok sekali ?
    saya tidak kisah sama sekali jikalau kerajaan atau mana2 pihak berkuasa ingin mengharamkan vape tetapi mohon kerjasama buat benda yang sama terhadap rokok serta dadah2 yang berleluasa diluar sana
    Assalamualaikum

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walaikummusalam wbt. Sekadar berkongsi. Kenapa perlu pergi ke tmpt ada arak pelacur dadah. Sbb ada lagi yg bukan islam yg mahu tmpt sebegitu. Kuatkan iman. Islam tetap di hati serta di taati

      Delete
  4. Saya sangat sokong apa yg diperkatakan oleh Sultan Johor.

    ReplyDelete
  5. Saya sangat sokong apa yg diperkatakan oleh Sultan Johor.

    ReplyDelete
  6. Pandang dr sudut agama islam mmg haram,pandang dr sudut kesihatan mmg x elok tp cuba pandang dr sudut hak asasi manusia. Kenapa hanya kerana negara agama rasmi kita islam dan agama kita islam kita kena nafikan hak agama dan bangsa lain? Bagaimana pula tuak di Sabah Sarawak?Rokok pd agama selain islam? Begitu juga khidmat pelacur. Perlukah ada tp dalam kawalan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Perlu ke ade pelacuran? Cuba bg tau agama mana benarkan pelacuran

      Delete
  7. Pandang dr sudut agama islam mmg haram,pandang dr sudut kesihatan mmg x elok tp cuba pandang dr sudut hak asasi manusia. Kenapa hanya kerana negara agama rasmi kita islam dan agama kita islam kita kena nafikan hak agama dan bangsa lain? Bagaimana pula tuak di Sabah Sarawak?Rokok pd agama selain islam? Begitu juga khidmat pelacur. Perlukah ada tp dalam kawalan.

    ReplyDelete
  8. kan bagus kalau penjualan rokok kita ikut sistem seperti di korea.. 1)menunjukkan ic untuk beli rokok(acct, diorg tunjuk ic untuk beli minuman keras).. 2)pelajar yg memakai baju sekolah diharamkan sama sekali untuk membeli rokok...sekaligus budak bwh umur xleh merokok.. inisiatif boleh diambil kan.. memg tak dinafikan, saya suka gok criter2 korea nih. sesekali kita ambil teladan untuk dibuat pedoman..emm tapi ini malaysia.. anak bangsanya pon asik meLAYU je... bila nak 'berkembang' tahu..

    ReplyDelete
  9. Tuanku mesti haramkan penjualan rokok dan arak. Daulat Tuanku

    ReplyDelete
  10. Jual vape tak kena tax...jual rokok..jual arak...jual perempuan semua kena tax...malas nak cakap lebih2...kbye

    ReplyDelete
  11. Bagi pandangan patik .. JDT akan ditimpa bencana besar. Sebab menilai dan menitah serta merta menjatuhkan hukuman haram Vape dan masih menghalalkan rokok dan arak ditempat yg berbeza.. Mintak la pandangan pakar dan alim ulamak sebelum keputusan dibuat..

    ReplyDelete