Jenazah Tunku Laksamana Johor, Tunku Abdul Jalil Sultan Ibrahim, selamat dimakamkan di Makam Diraja Mahmoodiah di sini, kira-kira jam 2.40 petang Ahad selepas diarak menggunakan pedati dari Istana Besar Johor Bahru.
Terdahulu, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar turut mengiringi istiadat perarakan Pedati Diraja yang diarak dari Istana Besar Johor Bahru ke Makam Mahmoodiah sejauh tiga kilometer.
Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Sultan Ibrahim turut mengiringi jenazah Almarhum di atas pedati yang ditarik 10 askar Timbalan Setia Negeri (TSN).
Jenazah Almarhum ditempatkan di sebelah kanan makam nendanya, Almarhum Sultan Iskandar Ismail.
0 comments:
Post a Comment