Saturday, 5 December 2015

Filled Under:

Jawapan Johan Ini Buat Ramai Ramai Orang Sebak



Seperti apa yang kita sedia maklum, program Juara Parodi yang berlangsung pada Jumaat telah pun  dihentikan seketika dan digantikan dengan satu rancangan tribute khas buat pelawak terkenal, Yus (Jambu).


Dalam tribute khas mengenang Pak Yus ini, semua rakan pelawak dan artis dijemput sama-sama berkongsi kenangan manis sepanjang mengenali Allahyarham Yus sambil diiringi dengan bacaan doa, sajak, dan nyanyian.


Dalam pada itu, kami juga tersentuh apabila membaca status yang dimuat naikkan oleh isteri Johan, Ozlyn Wati di Instagram tatkala mengajak suaminya ke tribute tersebut.

“Ajak suami kita pergi.. dia cakap ‘I tak tahu nak buat apa kat sana’. Kita cakap, ‘pergi jelah.. mungkin bila sampai sana you tahu apa yang you nak buat.

“Jawapan dia, ‘Sayang.. I dapat mandikan dia sayang.. dan I rasa itulah perkara yang terbaik yang I dapat buat untuk dia di kali terakhir.

“I dapat tatap muka dia sebelum dia dikebumikan dan I tak dapat tengok lagi muka dia. I nak perform apa lagi??.

“Untuk I kali terakhir I mandikan dia itulah yang I perform untuk dia’..,”  tulis Ozlynn.

Dalam pada itu, Ozlynn sempat mengenang pemergian arwah Yus dengan berkata tiada lagi orang yang akan bergaduh dengannya dan membodeknya lawa semata-mata hendak suruh Johan tidur lambat kerana hendak ajak main Playstation 4.

“Tidak ada lagi orang yang hendak hantar ikan pekasam kat mama, tidak ada lagi orang yang mama boleh ungkit mana mangga harum manis mama, mana kasut Adidas mama.” tulisnya lagi.





Semoga Allahyarham Pak yus tenang disana dan dicucuri rahmat..
Amin..




0 comments:

Post a Comment