Saturday, 20 February 2016

Filled Under:

Wanita 'Selfie' Dengan Bahulu Tampil Beri Penjelasan, Buat Laporan Polis.!!




Seorang wanita Faridah Ulis, 45, atau lebih dikenali sebagai Mamadot telah tampil semalam memberikan penjelasan mengenai gambar dia berselfie dengan bahulu berbentuk K******* lelaki yang viral di laman sosial kini.


Penyebaran gambar berkenaan adalah tanpa izinnya kerana gambar tersebut dikatakan  hanya dikongsikan bersama rakan-rakan tetapi kini diaibkan oleh pengguna media sosial yang bukan rakan di Facebooknya..

"Gambar yang saya muat naik sebelum Tahun Baru Cina itu telah dibuang beberapa minggu yang lalu atas nasihat polis, bimbang semakin tersebar. Caption gambar pada masa itu berbunyi lebih kurang begini:


 I don't know what to say, pelik tetapi benar ada dijual di pasaran.

"Niat saya hanya untuk memberitahu yang kuih berbentuk alat k****** lelaki itu berada di pasaran. Saya menemui kuih itu di sebuah kedai runcit. Bagaimanapun, bila saya pergi ke kedai runcit itu hari ini, kuih itu tidak lagi dijual dan pemilik kedai memberitahu pembekal kuih berkenaan tidak lagi mengeluarkannya di atas sebab-sebab tertentu," 


Ekoran di viralnya gambar tersebut bersama wajahnya menyebabkan beliau berasa kurang selamat dan membuat laporan polis. 

"Niat sebenar saya membuat laporan polis dan SKMM adalah untuk mencari dalang yang berkongsi gambar selfie saya tanpa kebenaran," 

Katanya beliau yang hanya berkongsi gambar itu dengan rakan Facebooknya dan bukan dengan mereka yang di luar daripada rangkaian sosial sahabatnya.

"Saya tidak mempunyai niat buruk apabila berkongsi selfie itu dengan rakan-rakan kerana ia untuk memberitahu mereka tentang bahulu itu. Ia unik, malah saya turut membelinya untuk rakan-rakan," 

Malah, gambar yang memaparkan wajahnya itu menjadi viral turut memuatnaik maklumat salah mengatakan bahawa bahulu itu dijual di Langkawi dengan harga RM4 sepaket.





0 comments:

Post a Comment