Saturday, 20 February 2016

Filled Under:

Letak Lambang '$' Pada Logo Polis, PDRM Akan Panggil Anak Bekas Pemimpin Tertinggi Kerajaan




Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar telah mengesahkan pihak Polis Di Raja Malaysia (PDRM) akan memanggil Farhan Yassin kerana telah menghina lambang polis di lama sosial instagram nya..

Khalid mengesahkan akan memanggil Farhan melalui laman Twitternya akan memanggil farhan yang merupakan anak kepada bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Seri Muhyiddin Yassin kerana lambang '$' di logo PDRM.

 Ketua Polis Johor, Datuk Wan Ahmad Najmuddin Mohd mengesahkan sehingga kini tiada sebarang laporan polis diterima oleh mereka mengenai perkara itu, lapor Portal Berita Sinar Harian.



Menurut laporan berita sebuah portal, anak bongsu bekas pemimpin kabinet itu telah menyunting logo PDRM dengan meletakkan simbol wang.

Pihak polis memandang serius terhadap tindakan mana-mana individu yang menghina pihak berkuasa termasuk PDRM.

"Setakat ini, tiada laporan diterima Polis Johor mengenainya. Kita juga melalui unit 'task force' akan sentiasa memantau tindakan seperti ini di media sosial.

"Kita akan memaklumkan pihak media, jika mempunyai sebarang perkembangan terbaharu mengenai kes ini," katanya.




0 comments:

Post a Comment