Saturday, 20 February 2016
Filled Under:
dalam negara
"Allah, Allah, Macam Mana Ni", - Ustaz Kazim Elias
Posted By:
Unknown
on 19:15
Baru baru ini Datuk Kazim Elias dimasukkan ke hospital setelah diserang penyakit jantung. Punca beliau dimasukkan ke hospital kerana jadual nya yang padat yang mana sebelum nya DUKE menjelajah ke seluruh negara untuk memenuhi undangan,
Walaupun penat, DUKE tetap cuba memenuhi undangan kerana ingin bertemu orang ramai.
“Pagi ini (semalam), Ustaz Kazim Elias sudah boleh bercakap lebih jelas berbanding malam tadi (kelmarin) dan perkara yang diucapkannya, dia terkilan kerana tidak dapat menghabiskan ceramahnya.
“Ketika dalam perjalanan ke hospital pun dia kata ‘ALLAH, ALLAH macam mana ni’, tetapi saya pujuk, kesihatan dia lebih penting buat masa ini. Dia dah janji nak datang tetapi hanya dapat berceramah selama tujuh minit. Memang dia terkilan sangat,” katanya sebagaimana lapor Sinar Online.
Baru baru ini, Malaysia dikejutkan dengan berita Ustaz Kazim yang dikejarkan ke HUSM selepas difahamkan terkena serangan jantung.
Dalam pada itu, doktor turut mengesahkan terdapat kesan luka di bahagian jantung ustaz Kazim. Kami doakan semoga Ustaz cepat sembuh.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment