Sunday, 21 February 2016
Filled Under:
dalam negara
'Benarkan Rakyat Hisap Ganja untuk Hilangkan Tekanan Kos Sara Hidup' - Syed Rosli
Posted By:
Unknown
on 07:49
Penolong Setiausaha Pemudah UMNO Cawangan Pusat Bandar Taman Chempaka,, Syed Rosli Jamlullail meminta supaya kerajaan mempertimbangkan bagi membenarkan rakyat menggunakan ganja sekaligus meminda sebarang larangan undang-undang melibatkannya atau marijuana yang pernah dibuat sebelum ini.
Menurut nya, ganja jelas sekali tidak menjadikan individu agresif atau hilang pertimbangan seperti yang berlaku kepada mereka yang mengambil alkohol berlebihan.
"Sejak tahun lepas lagi, saya sudah timbulkan isu ini. Rokok serta vape membawa ancaman besar kepada kesihatan namun ganja terbukti memberi ketenangan dan boleh mengurangkan kes jenayah.
"Lihat sahaja seperti di Belanda, banyak penjara di sana ditutup kerana pesalah berkurangan kerana ganja dibenarkan.
"Jadi apa salahnya kerajaan benarkan sahaja ganja di negara ini. Banyak kajian membuktikan tekanan kos sara hidup boleh ditenangkan dengan ganja," katanya menerusi awani.
Menurut beliau juga, cadangan Ahli Parlimen Belia serta Khairy dalam isu agnja harus diberi perhatian oleh kerajaan.
"Ambil pendekatan terbaik dan lihat contoh negara-negara yang membenarkan penggunaan ganja. Apakah impak kepada masyarakat mereka.
"Banyak contoh negara luar yang membenarkan ganja mencatat bilangan jenayah yang rendah, mungkin itu pertimbangan yang boleh diambil untuk membolehkan penggunaan ganja dibenarkan di negara ini," ujarnya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment