Sunday, 21 February 2016
Filled Under:
dalam negara
Lelaki Pukul Isteri Guna Kasut : "Jangan Hukum Dia Jika Tak Tahu Perkara Sebenar" - Jiran
Posted By:
Unknown
on 07:59
Jiran kepada lelaki yang telah ditahan baru-baru ini berikutan kes memukul isterinya menggunakan kasut memohon orang ramai agar tidak menghukum lelaki tersebut sekiranya tidak tahu perkara sebenar.
“Jangan hukum dia sekiranya tidak mengetahui perkara sebenar,”, katanya yang hanya mahu dikenali sebagai Azman, 35.
Menurut beliau, kebanyakan jiran lelaki tersebut sudah tahu mengenai penyakit yang dihidapinya dan sudah biasa dengan sifatnya yang bertindak di luar kawalan itu.
Malah jirannya itu juga seorang yang agak peramah dan ada kalanya dilanda kemurungan akibat masalah yang dihadapinya.
"Kami di sini memang sedia maklum dia sakit dan isterinya yang menjaganya sejak beberapa tahun lalu. Ada ketika dia sihat, tetapi jika tidak sihat, isterinya yang menjaganya di rumah,” katanya.
Kali terakhir dia melihat pasangan itu adalah pada hari Sabtu di mana sehari selepas rakaman video kejadian viral di media sosial.
Namun, pada hari tersebut, mereka kelihatan seperti biasa sahaja dan tidak berkelakuan pelik atau bergaduh ketika di rumah selepas video tersebut tersebar.
“Sepanjang tiga tahun tinggal berjiran, sekali pun saya tidak pernah mendengar mereka bergaduh. Namun, saya tahu adakalanya isterinya terpaksa memberi tumpuan yang lebih kepada suami jika datang ‘angin’ dia,”
Azman juga berharap supaya orang ramai tidak lagi memberi tohmahan negatif terhadap keluarga tersebut yang mana kini telah membuatkan keluarga tersebut tertekan.
“Sehingga hari ini, isteri dan tiga anaknya tidak balik ke rumah dan mungkin pulang ke kampung mereka di Kemaman, Terengganu,”
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment