Sunday, 6 March 2016

Filled Under:

KINI SEMUA BOLEH SAMBUNG BELAJAR ke IPT Dengan MyEP SKEP .. !! Betul ke ni?




Hari ini, keputusan untuk SPM telah pun keluar, dan semestinya ramai antara anda, adik-beradik mahupun anak anda telah menerimanya dan kini merancang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat seterusnya - iaitu di Institusi Pengajian Tinggi.

Untuk memudahkan proses berkenaan, salah satu perkhidmatan baru yang hadir adalah SKEP atau nama panjangnya, Sistem Kemasukan Pelajar oleh YGPMS. Menggunakan sistem berkenaan, anda boleh mendaftarkan diri untuk program yang diminati anda di pusat pengajian tinggi berhampiran terus melalui internet, dan mendapat keputusan dalam tiga langkah mudah.
Pertama kali, anda perlu mendafarkan diri untuk mendapatkan nombor pin dengan menghantar MYEP <no kad pengenalan> ke 38888. Penghantaran PIN untuk kali pertama ini akan dikenakan caj sekali sebanyak RM5.
Seterusnya, menggunakan PIN berkenaan, layari laman MyEP, dan boleh mula daftarkan diri serta memilih program yang diminati anda.
Sebaik sahaja selesai memasukkan maklumat seperti keputusan SPM, program pilihan dan sebagainya, anda akan diperlihatkan dengan keputusan. Anda seterusnya boleh terus mendaftar di institusi pengajian tinggi yang ditawarkan serta-merta, dan tidak lagi perlu risau menantikan penawaran IPT yang biasanya mengambil masa berbulan atau selalunya hilang tanpa jawapan.
Bagi anda yang mempunyai adik, anak atau kawan yang baru mendapat keputusan SPM, mungkin boleh semak laman SKEP hari ini, dan mula mendaftarkan diri sekaligus mendapat tempat di IPT serta-merta.




0 comments:

Post a Comment